“I tak suka cara you” aku berdengus.
“Mengapa pula?”
“You pasrah, you anggap I macam apa entah? You seperti manusia yang tak punya perasaan. You faham tak apa yang I kata tadi?” aku bangun berdiri di depannya.
“What ever! I dah penat, I nak lupakan you”
“Nat!” aku terjerkah, dia menggigit bibir.
“Sorry” suaraku perlahan kembali.
“You nak suruh I buat apa? Bergaduh? Bertikam hanya kerana merebut jantan? Tak berbaloi langsung. I dah ada orang lain, I rasa dia lebih berani, lebih faham I berbanding lelaki-lelaki lain yang I pernah kenal” bertapa egonya wanita di depanku itu.
“I suami you, setidak-tidaknya you tunjukkan perasaan you yang sebenar, tak adakah sedikit rasa sayang, nak mempertahankan suami you? I sayangkan you, you tinggalkan I kemudian you muncul dan bersama lelaki lain. You tahu tak apa yang I rasa?” suaraku bergema, badan makin menggeletar.
“You sepatutnya bersyukur, I tak mengganggu gugat keluarga you lagi. I tak tambahkan dosa mak you lagi”
“Jangan sebut pasal mak I”
“Oh! Tak boleh sebut? See! You tak pernah pertahankan I, lepas tu you suruh I pulak yang bertegang leher nak berebutkan you. You tu anak lelaki mak, you tak akan tinggalkan mak you hanya kerana I, kan?”
“Mama I tak salah, yang salahnya kita”
“I tak salah, you yang salah” dia bangun berdiri merenung wajahku.
“Alright, I yang salah” kami sama-sama terdiam.
“Cakaplah dengan I, cakap dengan jujur yang you dah tak sayangkan I” aku letakkan tangan di bahunya, dia tolak dengan pantas. Diam membisu.
“I masih suami you”
“Kita dah tak ada apa-apa”
“Ada” aku mengharapkan dia merayu agar jangan dirinya ditinggalkan. Aku salah orang. Nat memang keras hati. Hati batu.
“Bila nak bincang hal kita?”
“Kita tengah bincang ni”
“Mengarut”
“Apa pulak yang mengarut? Betullah kita bercakap pasal hubungan kita”
“Dah tak ada! Bila you nak uruskan hal ni?”
“You tak sabar sangatkah nak bersama Faheem?”
“You sorang aja yang boleh berbini lain, I?”
“Baiklah, kita bincang baik-baik” aku duduk kembali, dia juga.
“Boleh cari makan ke dengan business ni? Jauhlah, ada ke orang nak tinggal dalam ceruk kampung…?”
“Jangan nak melencong ke lain” dengusnya. Aku mengambil nafas dalam-dalam.